Tuesday, July 6, 2010

JAPAN



Assalamualaikum..

Aku ada satu cerita yang bagus untuk diceritakan. Semasa sedang menonton tv petang td, tertengok la satu cerita ni kat tv3, ‘i’m old enough’ tajuknye. Cerita pasal budak yang berumur 3-5 tahun pergi membeli-belah sendiri. Mesti korang tertanya-tanya kat mana kan? Jepun. Yes. budak² kecik lagi pergi beli barang sendiri. Bayangkan. Kelakar pun ada, diaorang x tahu ada cameraman rakam gelagat diaorang.

Bile fikir² balik, budak kecik lagi tu, boleh lagi keluar sorg², beli barang lagi, tak ada siapa pun nk culik. Malaysia? Ala, dekat luar rumah pn boleh kena culik. Apatah lagi keluar beli barang. Benda ni je da cukup nk buktikan yang Malaysia memang pada dasarnya bukan Negara yang aman atau selamat walaupun pada nahtijahnya, orang luar akan cakap Malaysia aman. Tengok je kat jepun, diaorang siap keluar shopping lagi, tak ada siapa pun nk culik, nk bunuh? Ini menunjukkan rakyat kat sana, memang baik. Dalam program tu pun ada tunjuk pekerja di kedai tu tolong budak² cari barang, apa semua. Rasanya jepun memang satu Negara yang bagus untuk membesarkan anak². Tapi, mungkin ada juga rakyat jepun yang agak tak baik. Tengok je la dalam cerita² jepun kat tv.

Lagi satu, nak tahu tak kenapa aku sangat² suka jepun? Sebab ada bunga SAKURA! Ha! Kalau nak tahu, aku memang minat yang teramat sangat dengan bunga tu. Semalam ada tengok movie, The Forbidden Kingdom. Dalam tu ade scene dekat pokok sakura. Tak ada daun pun pokoknya, renek, mungkin kecil lagi kot, dan penuh bunga sakura kat setiap dahan. Owh, sangat mesmerizing! Rasa nk lompat² tengok bunga tu. Cantik sangat.. teringin nk tanam bunga tu kt rumah sendiri nanti, tapi boleh hidup ke? Mana nak cari benih? Ada jual kat kedai? Pelbagai persoalan bermain di minda.

bagi yang xtahu, ni la bunga sakura, sangaat cantik kan? dalam laptop ni, banyak gambar bunga ni. bagi sesiapa yang tahu pasal bunga ni, jangal la lokek2 nk share..



*lokek = kedekut

No comments:

Post a Comment