Friday, September 17, 2010

raya :)




Raya, sumpah aku penat gile. Memang la mood raya ni tak berapa nak ada, tapi aku kena juga la pergi beraya. Nanti macam tak elok pula. Padahal kalau tak pergi aku tinggal sorang la kat umah. Ouh tidak.

Teringat masa kat rumah atok sedara aku ni kat Felda Tenang, kitorang cite pasal kenapa pmpuan suka pakai baju kurung lengan singkat, sebab nak tunjuk ada banyak gelang emas baru! Hahaha. Apa la atok sedare aku, boleh plak die pikir macam tu kan. Sakit perut aku ketawa.


Banyak gak rumah aku g, setelah dikidnap oleh acap di siang hari, malam aku meronggeng dengan girlfriends. Penat memang tak boleh cite la. Rumah yang aku tak pernah pergi pun aku redah sahaja. Zaki siap mengutuk aku suka masuk dapur rumah orang lagi. Aku pegi salam mak orang la weh, ape jadah aku nk pegi dapur orang sukesuke.

Thanks kepada yang sudi datang rumah, sorry pada yang tak dapat datang sebab aku tak ada kat rumah. Raya tahun depan teringin nak macam tahun ni, or even better :)

Disini ku susun sepuluh jari, minta ampun dan maaf atas segala kesalahan yang ada dari hujung rambut sampai hujung kaki. Happy eid.



saya tahu saya paling kecik. =.=


2 comments:

  1. memang keturunan atok ahmad semua tinggi2...

    bagi email kat komen bentri blog..nanti gua invite jadi ahli blogger soltura

    ReplyDelete