Sunday, September 26, 2010

Saturday



Pagi sabtu saya mulakan dengan bangun Subuh semasa berkumandangnya azan. (Sebab malam tadi tidurtidur ayam je, sbb tu la bangun awal) Selepas sembahyang sambung tidur kembali. Readers tolong la jangan ikut perangai saya ini. =,="
Hanya terjaga setelah masuk waktu Zuhur. dan terus sembayang Zuhur dan Asar. Cik Tengku dtg terkedekkedek ke bilik untuk bermain game Plant vs Zombie (game ni best tau, tak cya korang try la main. Boleh addict) Selepas penat beliau menekan tetikus membunuh zombiezombie tersebut, beliau menonton cerita horror yang bertajuk Prom Night. Aku pun join sekali la kan. (cite tu buat aku pening, walaupun aku tgk kejapkejap je garaga lagu Cooler Than Me asyik bermain di handphone tanda org col)
Selepas maghrib kami keluar mengisi perut yang kosong dan berbunyi gamelan. Nasi ayam penyek menjadi idaman hati, walaupun air mata mengalir keluar semasa makan nasi tersebut. (sambal die pedas gile!) Ke JJ hala tuju kami, bershopping apa yang patut.
Balik bilik melepak sambil mengumpat dan sekarang sedang menaip papan kekunci red dell dengan rambut yang berbau agak pelik. Kenapa rambut bau begini? haih.



Aduh, hari aku memang memboringkan. bagi hangpa baca, baru tau betapa boringnya aku. Saja je wat entri cmni, tak tahu nak tulis apa :P




No comments:

Post a Comment