Sunday, October 17, 2010

karoake


Sila sebut tajuk tersebut dengan 'slang' mat salleh. Okay, aku je yang suke sebut karoake mcm tu.


Kepala berdenyut-denyut, tapi ku gagahkan jua jari jemari ini untuk menaip. Bila ajak karoake aku memang laju je nk pergi, pernah sekali keluar semata-nak karok sejam then balik before pukul 12 sebab tak nak kena scan matrik card. Ini semua gara-gara encik gg yg juga gila karok. Bulan Ramadahn saja setiap hari kami pergi menyakitkan tekak.

Tak semua orang suka karok seperti cik tengku saya. Dia masuk, dengar aku nyanyi, suggest lagu. Tak sentuh mic langsung. Tak reti katanya. Tapi boleh dikatakan ramai yang suka karok kan?

Aku pergi karok dengan kawan-kawan la kan. Ada suara yg sedap, ada yang biasa, ada yang berdarah telinga dengar. Yang aku tak puas hatinya, pasai pa suara lelaki sedap?? Tak kira la aku pergi dengan siapa pun kan, suara diorang semua sedap sangat. Bila nyanyi tu, pergh!!! Mcm penyanyi betul la. Kenyataan ini hanya untuk lelaki yang pernah karok bersama saya la kan, yang tak pernah tu mana aku tahu sedap ke tak suara korang.

Dalam taxi tadi, pak cik driver pun berborak pasal karok. Tapi dia karok lagu lama-lama, lagu P. Ramlee. Reti ke aku nak nyani? Duhh... Nombor aku pun dia ambik pasal nak ajak aku pergi karok dengan dia nanti. Er, kenapa pak cik pelik sangat ni? Confius aku.


Kalau korang free, jom la karok dengan aku. :)


2 comments:

  1. Lelaki pandai pilih lagu yg compatible kut.huhu

    ReplyDelete
  2. i thinks so. tapi, lagu apa pun sedap gak tau.

    ReplyDelete